CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 5

from eastcoast with love


29 Jun 2012

Aku bertolak ke Gambang dari tempat kerja petang tu. Budget timing dalam 4 jam. Tapi aku amik masa tepat 2 jam je. Terbang ke hape? huhu.. tapi tu la aku.. bawak keta rase nya dah cukup slow.. 120km/hr purata kelajuan.. pelik gak.. dah macam kawan aku mimie bile drive ke sana masa zaman study dulu. sampai je sana aku terus ke kuantan. Jalan jammed la pulak. sampai je tengah2 bandar kuantan tu, encik F call "dah sampai mana?" aku jawab "tengah2 town ni. ada masjid belah kiri and bangunan kaler peach belah kanan. camne nak ke megamall ni?" dia jawab "abang baru sampai rumah ni, nak mandi2 and kemas baju jap. dalam kul 8pm sampai sana. pandai2 la sayang cari jalan eh" pergh!! siot je bf aku ni.. mentang2 la aku ni selalu jadi GPS dia, ingat semua tempat aku terer ke?? ayoo.. nasib la adik dia Dila, whatsapp aku bagitau jalan nak ke megamall.. selamat sampai, dapat parking depan pintu masuk. Kau ade? ehh.. kerek la plak aku ni.. huhu.. Pastu aku jalan2 dengan Dila and her fren Mew (Murni nama sebenar.. ntah nape pelik nya nama kawan2 dila ni.. pelik n unik.. huhu) pastu sampai la incik F dengan muka selamba dia tu. nasib dia belanja Kenny Rogers.. serius aku tak larat nak makan masa tu.. first time rasa muak dengan Kenny pasal lunch tadi dah santap Kenny dengan officemate.. rasa dah full tank ni.. huhu.. Pastu malam tu semua lepak dalam bilik hotel layan LOTR.. sabar je la.. aku tgh mood cuti ni bole lak diorg spoil dengan LOTR.. (aku pun hard fan LOTR tp tetap leh tolak godaan LOTR bila dah ade mood cuti yang membuak-buak ni) lepas aku dah mula putus asa nak ajak diorang keluar jalan2, tiba2 incik F ajak g pusing kuantan sambil borak2 dalam keta.. macam2 cerita dia luahkan termasuk la future plan kami.. Aku senyum je.. dalam hati ade rasa syukur dan pengharapan yang tinggi.. Moga2 termakbul doa dan impian kami ni.. even it takes a few years lagi.. Sabar la wahai hati ini.. Segalanya Allah dah tentukan.. amin..

30 Jun 2012

Pagi2 aku dah jadi warden untuk kejutkan adik2 comey ni termasuk chip incik F tu.. punya la liat nak bangun.. Dah rasa macam ibu kejutkan aku masa skola dulu2.. last2 bangun gak diorang dan bersiap ke Gambang dalam 930am.. we enjoy every games there.. walopun ramai orang.. best! thanks abang for this trip.. sayang hepy sgt! pastu aku tidur semalaman lagi kat kuantan before bertolak ke KL esok nya..

1 July 2012

lepas check out tengahari tu, aku pegi umah mimie tersayang.. seronok dapat tengok dia yang dah punya keluarga sendiri.. Suami, anak sepasang.. comey sgt! (bila la turn aku ni? tak sabar nya) Elok2 aku nak balik tu, parents mimie tak bagi balik.. diorang suro tido semalam coz aku pun dah lama tak datang sana.. leh borak panjang2 dengan mimie.. hmm.. betul gak tu.. malam tu aku tido sana.. thanks banyak2 buat mimie n family.. terharu sangat coz famili dia still ingat aku lagi yang selalu teman mimie balik kuantan.. macam sebelum2 ni, aku memang akan wat umah mimie macam umah aku gak.. hahaha.. famili dia memang macam famili aku.. tak yah segan la kalo nak pegi dapur ke, pusing2 kat halaman umah ke.. wat je.. asalkan tahu limitnya.. sempat gak aku berbual dengan Adib (suami mimie).. tak sangka dia peramah, takde la aku rasa kekok sangat.. tapi segan tu still ada.. siap tanya pasal incik F lagi.. teringin nak kenal2 dengan incik F katanya.. haa.. ye lah.. insyaallah kuat jodoh kami, bole la aku kenalkan incik F pada semua nanti.. huhu.. doa2 la ye!

2 July 2012

Bertolak ke KL dalam kul 1130am.. lepas breakfast nasi minyak (takde wedding pun masa tu).. borak2 jap dengan mimie kat halaman umah dia.. aku pun gerak ke KL.. cam sebelum ni.. tapi kali ni kuantan ke KL 2 jam sahaja (gila hape?) aku dah try drive slow.. betuulll.. tak tipu! pastu terus ke seremban, rindu pada ibu tak pernah abis.. huhu..

haaaa.. tu la citer nya.. alhamdulillah.. semua nya lancar seperti dirancang.. terima kasih Allah! insyaallah kita jumpa di next post k... adios ;)