CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 11

kl-kmn-ktn-kmn-kl

Assalaam semua..

7.Mac
Keputusan spontan aku ambil selepas dapat mesej dia. Fine. bukan pasal dia saje. Tapi aku memang nak bercuti pun. Dah 3 minggu berturut2 aku overtime gila2 sampai tak fikir kesihatan sendiri (walaupun dah kena brainwash dengan doctor kat hospital n klinik - tapi still degil).

8.Mac
Aku mohon gerak awal sikit ke sana. nasib baik bos faham. alhamdulillah. sampai kuantan 2 jam kemudian. check in pasal taknak susahkan sepupu tersayang yang ada masalah air di rumahnya. (sempat lak call tanya harga bilik 5 minit sebelum check in - seasons view memang best, servis bagus & makanan nya sedap! lokasi strategik).. pastu aku gerak ke kemaman untuk bertemu dengan sepupu. dengan berpandukan GPS (yang aku harapkan tepat dan uptodate) aku gerak ke kemaman dengan konfiden nya.

berjaya! woohoo!! tu yang aku jerit dulu sesampai je depan umah sepupu. lepak sana beberapa jam, gosip itu ini, hampir maghrib baru la incik f sampai dari segamat. Borak2 skit dengan dia pastu terus balik kuantan.

9.Mac
Aku melepak kat hotel sepanjang hari, jalan2 skit je.. memang betul2 berehat la kali ni.. incik f ade klas sampai petang. petang tu dia terus bawak aku pegi jalan2 pusing kuantan, duk tepi pantai balok, minum2 kat beserah dengan kawan dia (chong dan emak nya). Malam tu kami tengok wayang citer "rock oo.."

10.Mac
menghayati breakfast dengan sepenuh hati. sambil baca newspaper. setiap kali helaian surat khabar tu diselak, mengingatkan aku pada arwah ayah. ermm.betapa rindunya aku pada moment itu. ehem2.. kembali pada current situation, incik f bawak aku jalan2 ke teluk cempedak, terharu rasa bila dia tahu aku suka pantai. masa jalan2 tu, terserempak dengan krew RTM tengah wat shooting, sudahnya incik f ajak aku enterprem depan camera.. adoyay.. segan le.. huhu.. pastu kami terserempak dengan couple dari paris, umur dalam lingkungan 70an.. ramah juga incik f dengan diorang.. huhu.. so sweet ;)

aku hantar incik f ke kemaman, pastu terus gerak ke kay ell.. dalam perjalanan tu bley pulak sakit perut, nasib baik sempat singgah ke shell paya besar, pastu perut dah ok dah, trus shoot ke kay ell, perjalanan lancar.. alhamdulillah..

total vacation kali ni : 863.2km  (minyak & hotel di sponsor incik f lima puloh persen - makan di sponsor 100 persen.. alhamdulillah!)
terima kasih Allah atas perjalanan lancar dan selamat pergi balik :)