CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 24

merah putih merah biru

ye.. seperti yang di jangka kan.. mr F sampai kay ell lewat sejam.. sampai receptionist hotel call nak confirm kan kedatangan incik F.. aku dah mula hangin masa tu.. sampai je incik F di hotel, dia call aku sampai 2 kali juz sebab nak tanya aku nak datang jumpa dia ke tak.. well, aku bukan taknak jumpa tapi aku dah ngantuk tahap gaban.. so, bila aku cakap "tak".. incik F dah mula merajuk.. tapi aku leh wat donno coz aku hangin skit campur dengan ngantuk lagi.. so better aku rest kan diri supaya aku bole jadi lebih sejuk dan tenang.. lagipun esok pagi nak jenjalan dengan housemate g shopping! huhuhu

esok nya..

kul 10 kami gerak ke kay ell centre untuk mulakan projek shopping ni.. naik bas je.. g teman housemate beli tikat bas pasal dia nak balik kampung raya haji nanti.. then kami terus g sungei wang.. duk situ pun dah berejam.. alamatnya memang tak g sogo la seperti dirancang awal.. incik F lak dah call banyak kali tapi aku tak dengar.. pastu aku sms say sorry then trus campak fon dalam beg balik.. incik F call lagi.. aku tak dengar.. terus incik F sms "apsal tak angkat?".. mak aihhh.. marah ke ni? huhu.. sepanjang jalan2 tu sempat aku beli sepasang kasut untuk adik kesayangan yang tuutt tu.. huhu.. pastu kami balik.. haa.. nak jadi cerita, aku agak bengang dengan sistem operasi tren la ni.. aku totally lost n blur bile housemate tanya coz aku pun baru tahu operasi tren bertukar betul2 masa berdiri depan mesin tiket tu.. agak rasa loser di situ! erghhh..

tak pasal2.. incik F call aku dengan suara yang ala2 lemah lembut gitu.. tapi aku jawab dengan agak kasar.. sorry abg.. syg tgh bengang.. bengang dengan tren n dengan incik F skali.. haa.. nape eh? hmm.. pasal dia ade sms something yang wat aku bengang skit aaa..

sampai je umah balik tu, incik F cakap nak jumpa kat gynasium depan umah aku tu.. aku pun pegi la.. incik F pun excited suro aku survey gym tu.. ok fine.. thanks abg.. let me pertimbangkan dulu.. kuar je dari gym, incik terus peluk aku n tanya "heppy tak?" aku yang blur pun tanye blk "heppy for what?" adoy! incik F pun wat muke merajuk n say "tak hepy jumpa abg ke? xpe la.. nak balik la" aku yang xtau nak cakap ape, terus senyum je n cakap "ntah hepy kot" hahahaha.. memang cari pasal la aku ni.. pastu kami pun bertolak ke shah alam... haa... incik F sudi bawak aku pegi tgk bola.. yeehoooo ;)

sampai situ je hujan lebat.. sepanjang berada di stadium tu.. incik F duk protect aku je.. tak bagi aku jalan jauh2.. siap suro aku tukar seat juz bcoz ade lelaki lain kat sebelah aku tiba2.. apepun nak habaq kat sini..
dia vote merah putih aku vote merah biru.. so kami jadi enemy sepanjang game berlaku.. ade satu part tu, aku betul bengang dengan team dia plus dengan fans2 yang lain.. dia pun try hug aku tapi aku tolak skit coz aku tengah panas.. huhu.. sian incik F lagi.. masa dah saat2 akhir sebelum game habis.. incik F dah mula pegang tangan aku kuat2 walopun dia tahu aku try nak lepas kan tangan dia coz aku sangat la bengang dengan team dia.. erghh.. emosi terganggu.. pastu incik F terus tarik aku ajak balik.. aku tahu dia taknak tengok aku cdey2 n emo lagi.. masa balik tu, aku terus gelak then cakap "abg, kalo kte dah kawen nnt, if team syg kalah, mesti syg ckp abg tdo kat luar" incik F sengih je.. pastu dia terus belikan aku air tin n kitorg jalan ke kereta.. kwn dia diam je..

sebelum aku drop dia ke hotel, kami discuss lagi about our future plan.. insyaallah ade jodoh, tertunai impian kami nanti ;)

Friday, October 19

bintang dan bola

dua hari lepas aku telah pergi ke audition mencari bakat nyanyian yang dianjurkan oleh syarikat aku bekerja (skema nye ayat..huhu). aku dengan a few kawan2 seofis/seworkshop sama2 berdebar-debar dan lutut ketak menunggu giliran masing2.. nasib aku datang awal setengah jam, so nombor yang aku dapat agak awal sikit.. 14 of 70.. ok la tu kan? huhu.. mula2 tu aku dah plan nak nyanyi lagu belaian jiwa by innuendo.. konon nye sempoi n senang.. pastu bila urusetia tu pesan supaya nyanyi lagu yang sesuai dengan suara, aku decide nak nyanyi lagu janji manis mu by aishah.. and yes.. memang key aishah tinggi.. so, aku amik versi terry (indo singer) senang skit coz balada.. nak di jadikan citer.. masa aku nak start nyanyi tu boleh lak aku tak konfiden dengan lirik nya.. alih2 aku minta permision untuk restart balik.. nasib baik juri bagi.. lepas nyanyi tu, aku fikir dah settle la.. tapi baru aku teringat yang peserta2 sebelum aku ade yang kena menari, so aku budget aku xyah la nak menari.. jangkaan meleset.. masa juri cakap aku kena buat a few 'movement' (movement la sgt).. aku dh fikir lagu moden with gangnam style! (serius aku xnak wat).. alih2 juri masa juri tu tekan 'play'.. aku dah terdengar bunyi rentak cak lempong.. pergh!! it's jawa tradisional song! so apalagi.. terus aku buka langkah tari (serius masa ni aku tebal kan muka setebal2nya.. dah tebal macam kamus k..) aku main bantai menari, tangan dan badan mesti lentik, kepala gerak kiri kanan di iringi lirikan mata dan senyuman yang tajam n sensual.. hahahaha.. ntah menjadi ke tak aku wat ari tu.. serius malu tau! tapi aku tengok judegs bukan main tersengih2 lagi.. perli aku la tu.. so, end of story, aku balik dengan curiousity yang tak terlampau (agak2 dapat ke tak ke next stage..??) pastu balik tu, aku sms incik F (konon) nak share citer.. tapi incik F macam kurang passion.. aku detect masa dapat sms dari dia "kalo dapat ke next stage camne?" laa.. bukan masuk AF pun.. huhu.. bunyik macam risau.. tapi nak risau kan ape eh? hmmm...

haa.. and now nak citer pasal bola.. ada apa dengan bola?

minggu lepas encik F cakap dia akan pegi KL tengok bola kalau team selangor ke final.. tapi di sebabkan team ATM yang ke final.. maka automatik incik F cancel plan.. aku pun frust.. xpe.. kalo nak g nanti leh aku ajak mana2 pria yang sudi.. TETAPi.. haaaa.. ni yang aku nak hangin ni.. baru pagi tadi incik F sms aku "abang pegi KL mlm ni.. tengok bola.. bersama salleh".. pergh!! aku pun jwb "ouh ok".. malas nak cter banyak.. kang bergado guna teknologi ni tak berkesan.. so, harap2 kalo dapat face to face nanti, if hati masih berangin mmg akan aku serang hendap nanti.. incik F siap minta aku booking hotel untuk diorang.. fine! aku buat gak coz dengan harapan sudi la diorang bawak aku pegi tengok bola nanti.. esok aku dah ada plan nak shopping di sogo dengan housemate.. harap incik F faham coz aku kena utamakan request yang terawal.. kalo dia nak join skali bole aje.. tapi.. nak ke dia join.. ermm... ntah la..

so ape pun, both story needs time to get the answer.. we wait n see..

wassalam :)

Friday, October 5

aku, dia, klia & kek lapis sarawak

hari tu aku MC.. akibat jangkitan virus2 selsema n batuk di ofis.. adoyay.. doc lak bagi ubat yang tak berapa nak extreme.. so dengan keadaan yang separa sedar tu aku gagah kan diri ke KLIA untuk berjumpa dengan incik F.. dia transit dari bintulu ke kuantan.. hanya dengan berbekalkan alasan nak bagi kek lapis sarawak tu, incik F menyuarakan hasrat nak jumpa (nota: belum nak pinang aku lagi k) huhuhu.. aku pun dengan niat nak naik tren mahal tu (nota: KLIA ekspressss gitu) pun terus setuju je.. hehehe..

Sampai je di KLIA (serius aku sampai awal sejam setengah..menyesal naik tren tu awal) aku pun berjalan-jalan kira troli bagasi pusing satu KLIA tu sementara nak tunggu incik F.. sempat lagi bayar bil broadband yang dah kena bar tu then makan kat burger king (nota: mushroom swiss dia sedap)..

dah penat berjalan, aku lepak kat satu seat tu.. sambil dengar mp3.. tengah2 leka tu, leh lak tetiba perut wat hal.. pastu aku dengan konfiden nya terus cari toilet.. guess what?? aku masuk je entrance toilet tu, dah rasa pelik pasal ade lelaki encem tengah betulkan rambut (nota: rambut spicky yang ohsem) depan cermin toilet.. pergh.. ensem tu!! eh.. jap.. jap.. apa dia wat kat toilet ni?? selamba je mamat ni!! okay2.. untuk dapat kepastian aku pun pusing kuar toilet, terserempak dengan seorang pakcik yang wat muka pelik kat aku.. dan aku pun dah sedar kesilapan sendiri trus wat muka selamba dan cari dimana ladies... aaa.. malu nyer!! tu lah.. lain kali nak g toilet, pasang la mp3 tu kuat2 lagi ye.. biar hilang fokus lagi.. hahaha ;P

tepat jam 4.45pm.. timbul la incik depan mata dengan muka takde perasaan (nota: plain face) dia tu.. Kawan dia pun ada skali.. siap tegur aku "oo.. ni la adik F eh.." aku pun senyum je.. adik?.. ermmm ni mesti statement dari incik F ni.. pastu kawan dia pun duk ajak borak itu ini sampai aku gelak tak ingat incik F di sebelah.. Masa on the way nak cari mcD tu, tiba2 incik F genggam tangan aku erat2.. aik.. pelik nyer.. alih2 masa kwn dia nak tanya something kat kami, terpandang tangan kami, terus terdiam n say "aku dah agak dah.." aku diam je.. incik F lak still dengan plain face dia tu.. adoyay!

lepas lepak makan samurai mekdi tu, kami borak2 jap sementara tunggu next flight..

masa nak say bye-bye pada incik F tu.. hati rasa sayu je.. nak nangis segan dan taknak wat incik F risau lak.. aku tengok dia pergi sampai dah tak nampak bayang dia lagi..

pastu balik naik KLIA ekspress, perjalanan balik agak tak tenang pasal takde tiket. rupa2nya kena beli tiket masa sampai KL sentral nanti.. fuh.. lega hati.. so pasni kalo nak fly mane2, dah senang coz dah reti naik KLIA ekspress.. wehooo.. juz nak try bas ke LCCT je pasni.. i'm traveler and i should know how to use public transport.. plus, kerja pun dengan company public transport.. so memang dah kena sangat la tu.. huhu..

well.. thats all for now.. jumpa lagi di next post.. insyaallah..

bytheway, LDR ni sakit bila rindu dan gado2 dari jauh.. tapi seronok bile mood masa berjumpa tu.. to the max!! hehehe.. pssttt.. aku dapat kek lapis sarawak - flava kit kat ^_^v