CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 3

bola itu bulat

28.6
Petang tu selepas habis meeting di shah alam, aku gerak ke rumah along kejap. lama dah tak jumpa si kecik tu.Dia pun dah makin besar. huhu. Lepas maghrib, aku dinner jap pastu terus gerak balik ke sri gombak. Cuci baju cepat2, mandi, rehat.. tak lama pastu incik F sms bgtau dah sampai kat KL, aku pun gerak ke sana, dia and the gang tunggu kat chatime. kami lepak jap pastu terus ke karaoke, nak test suara konon. ni 1st time aku layan karok dengan encik F. duet la a few song.. menarik gak? huhuhu

29.6
aku dikejutkan dengan panggilan incik F, dia minta teman dia hantar pakcik S g lrt jap.. pakcik S nak g bukit jalil katanya.. lepas dah siap2 tu, kami gerak dan drop pakcik S kat lrt gombak. Lepas tu kami singgah kat kedai makan kelantan area batu caves, kedai yang aku penah lepak dengan kawan2 ofis sebelum ni. Lepas makan tu, incik F ajak aku jalan2 pusing area situ.. jalan kaki je.. bagus gak, pasal perut dah penuh, kena la exercise skit.. incik F ajak tengok kasut sukan, aku nyer kasut ade prob sikit, kaki sakit bila g aerobik. mungkin kena cari kasut yang lebih sesuai kot.

lepas tu, kami amik pakcik K kat hotel, dia baru siap2.. tadi duk bersiram dalam toilet 2 jam! 1st time aku kenal lelaki yang suke mandi lama2.. adoyay...

pastu kami gerak ke pusat bandar.. jalan2 kat sogo, cuci2 mata.. sempat gak aku teman incik F beli inner wear.. hahaha.. part yang ni kelakar pasal aku yang duk belek2 dan pilih kan untuk dia.. Rasa macam dah jadi istri dia lak.. huhu..

sambil2 tu sempat gak aku ushar handbag dan perfume untuk hantaran nanti.. ^_^v

lepas tu kami lunch di restoran kudu bin abdul, restoran kandar yang sedap habaq hang.. pakcik S pun dah sampai, kami gerak ke bukit bintang.. jalan2 ke Low Yat.. cuci2 mata lagi..

dari bukit bintang kami berjalan kaki ke datran merdeka pasal nak tengok bola kat sana.. tiket kat stadium mahal.. RM40 naik ke RM150!! gler aaa.. pastu tunggu kat dataran, apa pun takde.. masa dah dekat waktu siaran tu, kami terus gerak ke mana2 restoran yang ada TV.. punyer la desperate nak tengok bola, sampai kat gerai makan buruk pun kami tala je.. tv pun macam tv zaman 90an tu.. adoyay! kelantan punyer pasal, tengok gak la walopun frust pasal pahang takde.. nasib baik menang! huhuhuhu.. abis je game, terus kami gerak ke bukit bintang, pasal kereta aku parking kat sana. sempat gak singgah ke toilet Pudu.. hehehe

malam tu semua dah penat, balik terus tdo pasal dah plan nak bangun awal, nak bawak pakcik K naik komuter ke seremban..

30.6
Kami gerak lewat pasal diorang bangun lambat.. termasuk la mandi lama.. package skali! geram gak.. nak wat camne, kena la tolak ansur.. pastu kami terus gerak ke TBS, parking kereta kat sane, trus naik komuter ke seremban.. mula2 naik tu diorang selamba je duk kat ladies coach, aku pun selamba la cakap "guys, ni ladies coach la".. trus diorang bangun tersipu2.. hehehe.. sian.. pastu incik F ajak duduk dengan dia pasal seat banyak kosong. Kami sampai seremban sejam kemudian..

kami jalan kaki ke kedai makan kegemaran.. agak jauh gak.. sempat tengok perlawanan ragbi masa lalu kat padang MPS tu.. sampai je kat kedai makan tu, masala tossai yang di idam2 kan dah abis.. ada puri je.. puri pun puri la.. asal dapat makan.. dah lapar ni.. huhu

pastu kami berjalan ke KM plaza, cari kedai silver untuk pakcik K.. settle je semua tu, terus jalan kaki ke komuter dan balik ke kay ell!! huhuhu.. pastu incik F drop aku kat sri gombak...


haa.. camtu la cter nyer.. pasni insyaallah ada trip lagi.. nanti dah jadi, aku cter kat korang lagi ye.. bye!