Assalamualaikum readers..
hye korang.. alhamdulillah persiapan perkahwinan saya almost 70% dah siap.. kebanyakan nya DIY n can be recycle.. huhuhu
here some tips & perancangan yang boleh dilakukan oleh bride to be (macam saya) yang nak berjimat untuk majlis perkahwinan (tapi masih nampak grand):
WEDDING PLANNER
- Sediakan satu buku (log book is better) untuk tulis segala perancangan dan idea untuk majlis kahwin anda. saya guna buku ni apabila tiba2 dapat idea spontan or nak kepilkan resit2 perbelanjaan kahwin serta cebisan2 kain contoh untuk wat baju pengantin. dalam buku ni juga anda boleh masukkan gambar2 contoh majlis kahwin seperti pelamin, bilik tido, baju pengantin, hiasan bunga kat kereta konvoi, contoh kad kahwin etc..
- Pastikan buku log ini disimpan dengan baik. kalau boleh jangan beri semua orang tengok nanti tak surprise lak. Share dengan orang terdekat seperti bakal suami, kawan baik dan parents sahaja. Sebab semasa perbincangan tak rasmi (borak2 depan tv or borak2 dalam keta) selalunya akan timbul idea spontan yang bernas, so masa ni la nak catit semua tu dalam buku ni. hehehe..
- Selain itu, sediakan satu fail yang ada a few divider di dalam nya (bentuk macam briefcase) supaya anda boleh letak semua dokumen penting dalam fail tu. Simpan elok2.
- Di dalam fail tu anda boleh letak surat bujang, timeline persediaan kahwin, borang nikah, sijil nikah etc.
- Timeline persediaan kahwin ni adalah.. satu jadual yang di buat untuk menyusun semua pergerakan proses perancangan kahwin (dari awal hingga akhir).. kelebihannya, kita boleh pantau perkembangan persiapan kita samada lancar atau tidak.
- jangan lupa senaraikan barang2 hantaran dan senarai keluar masuk wang belanja persiapan ni. kalau boleh resit tu dikepilkan sekali supaya kita beringat untuk tidak belanja banyak2 bila dah tengok resit2 tu nanti.. hehe
WEDDING DRESS
- Pilih warna yang sesuai dengan kulit anda dan pasangan. jangan syok sendiri. tapi kalau encik tunang tu nak juga warna yang tak sesuai untuk dia, try to advice dia, kalo dia degil... biar kan.. yang penting warna tu ok dengan kita untuk nampak cantik pada hari bahagia nanti.. hehehehe
- Pilih lah kedai2 kain yang menawarkan harga yang berpatutan. Kalau 1 malaysia pilih Jakel, kita pilih la yang bukan Jakel. Ini kerana harga di jakel amat tidak berpatutan, melainkan anda suka yang glamor dan nak pukul canang kat orang yang anda mampu beli kain mahal kat Jakel sedangkan kain yang sama boleh dapat harga 80% lebih murah. huhuhuhu.. pada mula nya saya ke Kamdar di jalan TAR, saya cari warna yang saya suka (walaupun tiada jenis kain yang dicari).. lepas tu saya minta staf dia gunting sedikit sbagai sample untuk di cari di cawangan kamdar yang lain (atau mungkin bleh dapat di kedai kain jenama2 yg lain). Alhamdulillah, staf tu amat membantu saya. sample kain tu simpan elok2 dalam buku wedding planner k.
- Selepas tu, saya ke Kamdar Ipoh (kebetulan incik f ajak ke ipoh untuk diskus hal kawen dengan family dia).. so, di kamdar ipoh lah kami berjaya menjumpai kain dengan material dan warna yang dicari. Kemungkinan stok kain di situ tak sama dengan yang di KL. Staf dia pun ok. banyak membantu kami masa pilih kain tu. Pilih untuk majlis di kedua2 belah pihak. tak payah pening dah. huhu..
- Saya pilih kain Chiffon Jojet Plain.. design baju kurung moden.. manik akan dipasang kemudian (saya minta sepupu tolong jahitkan manik).. simple kan? hehehe.. boleh pakai untuk majlis2 kenduri di masa akan datang..
- Untuk baju pengantin lelaki, hantar la di kedai yang pakar menjahit baju melayu. Biar terletak baju tu di badan pengantin lelaki nanti. kalau boleh tak perlu vogue sangat baju melayu tu.. nanti kalo dah vogue sangat, segan lak dia nak pakai untuk pergi masjid sembahyang jumaat atau pakai di hari raya.. ini nasihat dari pakcik pakar baju melayu tu cakap.. huhu.. selalunya ia hanya mengambil masa sebulan untuk siapkan baju melayu ini, bergantung kepada material dan kuantiti baju. incik f cuma guna kain cotton crepe je. tak sanggup tengok dia peluh2 pakai kain satin.. hahaha
JAMUAN MAKAN/PACKAGE CATERING
- Untuk masak sendiri, saya tak pasti cara perancangannya sebab saya guna caterer. so, untuk caterer, pilihlah caterer yang dah biasa kita makan masakannya dan kita pasti dengan keenakkan masakannya. Jangan sebab kawan satu taman atau sebab nak bagi biznes, majlis kita jadi mangsa. Pastikan caterer tu juga adalah caterer yang sanggup pulangkan duit (refund) andai majlis ditangguhkan atau dibatalkan (wallahualam.. kita merancang, Allah yang tentukan.. harap2 dijauhkan).. ini kerana ia pernah berlaku atas pengalaman jiran2 saya.. ada yang dapat refund ada yang tidak. so try la survey kat kawan2 atau pergi berjumpa caterer dan dapatkan test food mereka.
- Masakan saya pilih 2 jenis.. nasi minyak dan masakan kampung.
- kek pengantin termasuk dalam package. So saya ada request design kek yang saya mahu dan mereka mampu buatkan. alhamdulillah. Harap2 semua nya lancar.
- susunan meja pun perlu di susun dengan bijak supaya, takde la pengantin masa berarak tu kena jalan kat tepi2 khemah.. saya dah selalu tengok.. kesian pengantin :(
- Harga per pax biar lah berpatutan dengan keenakkan masakan dia. Jangan nak murah je tapi tak sedap. Biar berpada2.
- Hiasan atas meja tetamu. manfaat kan barang recycle seperti tin kosong, lidi sate, suratkhabar lama, bunga plastik dll untuk dijadikan hiasan meja tetamu (boleh letak pada meja tetamu yang bulat atau panjang).
PHOTOGRAPHER
- Lantik lah kawan2 yang ada bakat dalam bidang photographer. Atau kalo tak nak ambil risiko, ambil photographer yang bertauliah, tapi biar dalam bajet kemampuan kita. jangan terpedaya dengan harga ditawarkan, takut2 bila tiba hari majlis, dia hantar phorographer yang baru belajar dan kurang berbakat. Kes ini pernah berlaku pada abang saya. nasib baik dia terlebih bajet, ambil sekali 3 photographer dari tiga jenama, so, seorang dari mereka tidak menghasilkan gambar yang cantik, agak frust di situ, tapi dah tercover dengan gambar photographer yang lain.. saya lantik kawan skola saya, dia seorang photographer yang bertauliah dan harga yang dia letak pada saya adalah harga member dan freelance punyer, kalo ikut brand syarikat yang dia kerja memang hampir 50% lebih mahal.. alhamdulillah.. itu pun dah booking 8 bulan awal.. huhuhu.. tapi survey dari kawan2 juga perlu di ambil kira..
MAK ANDAM
- Ambil Mak Andam ye.. bukan Pak Andam.. ini bagi mengelakkan terbatalnya wuduk ketika bermekap untuk majlis akad nikah.. kalo boleh jangan ambil yang suka mekap tebal2 sampai pengantin lelaki tak kenal kita nanti.. biarlah natural.. tapi jika anda suka mekap seperti tepung gomak, sila kan.. hehehe
- Pastikan mak andam datang awal ke majlis. Kita sebagai pengantin pun, jangan berlengah2 masa, walaupun mak andam tu geng kita sendiri. Saling berpegang pada ketepatan masa.
- Saya guna khidmat sepupu saya, hasil kerja dia saya suka. natural beauty bila dia mekap kan. Jika mak andam terlewat, anda boleh apply foundation anda sendiri terlebih dahulu.. so, mak andam sampai je dia boleh sambung kerja mekap dia..
PELAMIN
- Yang ini, saya DIY sendiri.. background saya guna kain wetlook creamy.. tempah jahitan di Nagoya sahaja.. buat yang simple design, nagoya pun jahit dalam 2 minggu je, then dia akan call kita untuk datang ambil.
- kerusi pelamin, saya beli di kedai perabot kayu.. lepas kawen boleh angkut kerusi tu ke rumah baru.. kalau dapat beli sofa lagi bagus.. saya nak cari sofa yang sempoi tapi takde dalam bajet.. hehe..
- bunga-bungaan pelamin, saya tempah susun bunga di nilai 3, pasu bunga saya guna ibu punya. Lepas majlis boleh letak kat ruang tamu umah. so, make sure design nya simple dan sesuai digunakan bila2 masa.. so takde la nampak pelik, design bunga pelamin tapi letak kat hall.. hehehe
- kusyen pelamin, kain beli kat nagoya then saya tempah jahit pada tailor.
- hiasan deco di tepi pelamin, saya gunakan perabot kayu yang ada dirumah ibu. jimat kan? Hope hiasan pelamin saya nanti juz nice.. hehe
BILIK PENGANTIN
- bilik pengantin adalah perbelanjaan paling besar selepas tempahan catering sebab, saya mengeluarkan kos untuk beli aircond.. haha.. dah lama pasang niat nak pasang aircond kat bilik, akhirnya terlaksana selepas tarikh nikah disahkan..
- saya beli cadar yang tiada renda2 or manik2 yang over.. so boleh pakai lagi lepas kahwin.. saya beli di jean perry. beli waktu sale menguntungkan walaupun warna atau saiz agak terhad, so sebelum pergi beli tu, buat la beberapa pilihan warna supaya tak la kecewa sangat bila tak dapat warna yang di cari.
- Cat bilik terlebih dahulu (jika perlu) sebelum nak pasang apa2 perabot.
- Tak perlu beli katil atau almari baru jika masih elok.
- Beli kain langsir dan tempah di nagoya. design langsir yang simple - siap cepat & murah upah nya.
GOODIES BAG
- Pilih goodies bag yang simple, nice, n unik... also cheap!
- Jika nak beri bunga telur gak, just limit kepada VIP atau 100 batang untuk isis pada bunga pahar dan beri pada yang merenjis pengantin nanti, jika tak habis sesi merenjis, bagi je kat tetamu lain yang datang.. siapa cepat dia dapat..
- Jika nak beri gift yang special untuk VIP (keluarga belah lelaki), buat la ikut kemampuan, tak perlu beli barangan kaca kalau mahal.. memadai sediakan gift yang lain skit dari tetamu biasa.. pun dah ok :)
- sediakan gift lebih sedikit dari bilangan jemputan, kalau jempt 600 orang, siapkan dalam 650-700 gift..
GUEST BOOK
- beli kertas kadboard saiz A3.. dalam tu boleh letak kertas wara atau kertas2 yang anda suka.. tampal la apa2 yang comel pada cover guest book tu, reben, bunga2 ke.. binding di kedai alat tulis di area UPM, siap!
PENGINAPAN KELUARGA SEBELAH
- Booking awal homestay atau hotel yang berdekatan, pastikan tempat penginapan tu selesa dan bersih.. jika ada aircond lebih baik, jika tiada, cari penginapan lain khas untuk orang tua dan kanak2 supaya diorang lebih selesa.. memang nampak remeh, tapi ia sangat penting.. hati keluarga sana kena dijaga baik.. kita pun dah nak masuk keluarga mereka juga kan?
- follow up dengan penjaga penginapan tersebut supaya dia tak lupa, simpan resit pembayaran deposit elok2 supaya boleh dijadikan rujukan dan bukti pembayaran.
'TOL' PENGANTIN
- Bagi yang masih mengamalkan adat negeri2 di selatan (seperti keluarga saya).. kami akan adakan sesi bayar tol kepada keluarga belah pengantin lelaki ketika pengantin lelaki tiba di rumah pintu hadapan rumah pengantin perempuan. Bajet.. antara 5-10 buah tol.. harga setiap tol adalah mengikut kemampuan pihak pengantin lelaki, yang pasti makin dekat jarak tol ke pengantin perempuan, maka mahal harga tol nya... alaaa.. buat suka2 je.. letak RM5 je suda.. hehehe
ok.. stakat ni idea yang saya ada.. jika ada pertambahan lagi, nanti saya sambung k.. bye!
0 cakap depan-depan:
Post a Comment