CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 25

tusik day ^_^v

dear reader..

kali ni aku nak share tentang hari bertusik aku.. bertusik? apa kah objek itu? haaa.. tusik ni aku dapat dari bff nye ayat la ni.. tunang campur merisik jadi tusik.. huhuhuhu

walaupun dah 4 bulan berlalu majlis tu (ehh.. dah 4 bulan dah?) baru ari ni aku rasa nak share apa yang aku wat untuk majlis tu..

sebelum tu aku nak bagitahu awal2 yang aku ni seorang yang sangat simple dan suka nak mudahkan kerja orang lain.. harap memahami..

permulaan citer nye camni..

satu malam tu, incik f call, dia cakap dia nak bank in duit kat aku untuk aku beli cincin mana yang aku suke.. fine.. ayat dia agak pelik dan pasti tak jiwang langsung k! aku yang blur untuk 3 saat pertama tu pun cuba selami ayat tu betul2 sampai la aku faham maksud dia, dia nak ajak aku bertunang.. hei.. apo la susah sangat nak cakap "will u marry me" tu??

so, aku yang tak nak panjang kan citer ni terus la setuju.. dan dalam minggu yang sama aku pegi beli cincin tunang guna duit dia.. ada gak aku tanya, napa dia minta aku pilih cincin sendiri? family dia tak kisah ke? incik f jawab "abg nak syg suke dgn cincin yg ikut taste syg sndri, tak kisah la bajet bape pun".. perghh.. dia berani cakap camtu pasal dia tahu aku ni bukan nya giler barang kemas pun.. pilih yang ala kadar je.. (tapi ada berlian tau!) haaa.. ada sebab nape aku pilih ade berlian... nanti aku citer.. fyi, dalam masa sama aku ada beli cincin silver untuk dia.. dia cakap dia nak gak pakai cincin tunang.. ikut je la.. actually kos cincin dia pun termasuk dalam bajet yang dia bagi tu.. hehehe.. pandai tak saya..:P

seminggu lepas tu, incik f datang kay ell jumpa aku, kebetulan adik dia pun turun kay ell, kami berjumpa dan incik f serahkan cincin aku pada adik dia.. cincin silver dia aku pegang le..

sebulan kemudian, mak dia call mak aku, berbincang tentang urusan tusik ni.. (sebelum ni, kami dah decide nak serahkan urusan tusik pada orang tua kami).. lepas bincang, mak dia sms aku, bagitau yang rombongan akan datang dalam masa 2 minggu.. korang bayangkan dalam 2 minggu tu ape la sangat persiapan yang aku bley wat.. tapi disebabkan aku ni suka yang simple2 maka 2 minggu tu rasa cam lama lak.. hahaha..

dari awal mak dia dah cakap nak datang merisik sahaja.. tapi seminggu sebelum majlis, aku bagitau ibu yang aku nak bertunang sekali pasal kesian kan ayah nya yang tak berapa sihat, nak travel ipoh-seremban pastu terus bincang pasal hantaran dan jangkaan tarikh majlis.. so aku cakap tusik kan skali.. abis citer.. nasib baik famili setuju..

tapi risiko nye, aku akan bertunang lama la.. setahun setengah.. insyaallah semua nya lancar.. Allah kan ada.. moga dipermudahkan :)

so, sehari sebelum majlis, aku just kemas bilik cantek2.. pakai cadar baru yang aku beli khas untuk majlis ni.. pastu letak fresh flower kat bilik dan living hall biar wangi.. tu je..

baju? tak yah pening2.. lepas dapat sms dari mak dia tu aku terus tempah baju kurung moden kain sulam bandung, warna goldish brown.. kebetulan kain tu ada kat tangan aku masa tu..

tudung? pakai je tudung bawal yang ade bunga2 comel kat atas kepala tu..

make up? ala.. ko conteng je muka tu simple2 dah la.. paling2 pun  pakai contact lense colour dan blusher lebih skit.. hahaha.. yang penting nampak sweet..

kasut? ape kejadah nya nak pakai kasut? duk dalam umah je kan? huhuhuhu

masa majlis tu berlaku, aku duk kat family hall je, tingkat atas, try gak nak pasang telinga, tapi kakak, abang ipar n anak2 buah nye duk kat situ lak.. so aku borak2 dengan diorang sampai selesai perbincangan kat bawah tu..

lepas tu, ibu panggil aku turun untuk sesi sarung cincin.. haa.. yang ni memang aku gugup abis.. tak tahu apsal.. rasa nak tergelak pun ada masa tu.. no pelamin2 k.. just duk kat sofa kat living hall cam biasa, mak dia pun sarung cincin kat aku.. settle!!

lepas tu kami pun makan ramai2 kat dining hall tu, mak aku masak nasi beriani special.. bertambah2 family dia makan.. hehehe..

catering? mak aku masak je.. sonang.. n sodap lak tu.. untuk 20 orang je pun.. haa.. family diorang datang dua kereta je.. pakcik aku jadi orang tengah.. sepupu2 aku jadi orang kuat dapur.. kan senang.. huhu

photographer?? akak dia n adik aku kan ada...

hantaran? family dia bawa cincin dan buah-buahan je.. family aku balas dengan kuih, buah dan kek.. simple kan? huhu.. kuih n kek aku letak dalam mangkuk tingkat yang ala2 cina tu dan buah guna je bakul n renda recycle.. huhu

asal nya mak dia pesan nak datang merisik je, kes bertusik ni memang mak dia tak tahu, so mak dia cakap " segan la pasal tak bawa banyak barang untuk bertunang ni" tapi mak aku jawab "takpe, memang taknak bagitahu pasal taknak susahkan je.."

incik f? dia memang takde pun masa tu.. pasal kena outstation kat penang..

malam tu, incik f call bagitau yang family dia duk puji masakan mak aku.. diorang siap cakap untung la incik f dapat aku pasal aku pun mesti pandai masak.. crapp!! xde makne nye.. pandai makan je.. haha.. plus, mak dia cakap bertuah incik f dapat aku sefamily yang sangat simple dan mempermudahkan lagi urusan..

alhamdulillah.. bukan pujian yang aku nak.. tapi kegembiraan, keselesaan dan kebahagiaan serta restu dari kedua2 keluarga yang amat aku harapkan..

so kawan2.. aku juga mohon doa yang baik2 dari kalian.. moga niat baik kami ni diberkati Allah..


p/s: pasal cincin berlian tu kan.. aku plan untuk akad nikah, nak pakai gelang emas putih.. cincin kahwin aku beli lepas majlis, nak belah rotan je pasal cincin kawen tu la yang aku nak pakai sampai akhir hayat.. cincin berlian tak berapa praktikal untuk jadi basahan.. tp nak merasa sangat, aku pilih jadi cincin tunang  ;)

TOTAL BUDGET : BAJU (RM50) + MAKAN (RM200) + BUAH (RM50) = RM 300

ni bajet kasar.. ikut harga sebenar.. tak sampai pun.. 

Tuesday, September 17

..keazaman itu kemenangan!

huhu.. tajuk tu di ambil daripada sebahagian lirik lagu sekolah rendah aku masa tahun 1997 di johor..

motif? hmm.. juz nak share sumthing dengan korang sume.. aku sedang menjalani proses menunaikan azam tahun ni.. dah nak masuk quarter ke empat 2013??  takpe.. azam tetap kena tunaikan selagi ada peluang..

Ape azam tu? huhuhu.. nanti aku kongsikan selepas dah berjaya capai..

cuma kat sini aku nak minta korang doakan kejayaan aku dalam merealisasikan azam ni.. ok??

(pergghh.. ayat dah macam pengacara AF gitu..)

thanks kawan2.. jumpa lagi nanti.. insyaallah :)

Thursday, September 5

i dont care if there's plenty more fish in the sea. i want THAT fish!

Assalamualaikum semua

hari ni aku juz nak share something.. dah sebulan tak tulis kat blog ni kan?

dalam 3 minggu ni aku agak sibuk.. sangat sibuk sebenarnya.. sampai weekend tak balik kampung.. sebab ada show.. hmm.. macam artis je.. huhu.. dah a few day aku jumpa incik f.. seronok bile dapat date dengan dia hari2.. hehe.. tapi tadi pagi dia dah balik sane.. cdey la.. T-T

oleh kerana aku nak hilangkan sedih.. aku keje overtime malam ni.. huhu..

malam tadi.. ternampak satu lagi kebaikan incik f.. selepas bincang hati ke hati.. kami dapat kata sepakat.. moga ini jalan yang betul untuk kami.. permudahkan la Ya Rabb!

teguran dia sikit pun tak wat aku kecik ati.. aku ni memang perlu di tegur sekali sekala (bukan selalu!..haha) alhamdulillah.. moga sikap baik dia tu kekal sehingga dalam masjid kami hingga akhir hayat..

yang paling penting.. moga niat baik kami ini dipermudahkan lagi dan murah rezeki yang mendatang.. aminnn :)

teguran perlu untuk perubahan lebih baik tapi perubahan perlu kan masa untuk menjadi nyata!


WE CAN'T DIRECT THE WIND BUT WE CAN ADJUST OUR SAIL