CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 14

..dugaan bertunang?

Assalamualaikum readers..

baca tajuk je.. dah ada macam2 dalam fikiran kan?

bila sebut pasal bertunang, mesti masyarakat selitkan dengan dugaan bertunang.. bagi aku, dugaan ni jadi bley jadi kat mana2 relationship pun.. tak yah tunggu bertunang pun..

alhamdulillah.. setakat ni semua nya lancar.. kalau gado kecik2 tu dikatakan dugaan bertunang, rasa nya setakat ni kami boleh tolerate each other lagi la.. tapi yang pasti aku yang memang semula jadi garang ni, menjadi makin garang dengan incik f..

kesian dia.. normally aku hanya garang pada family, kwn2 or staff sahaja.. tapi kali ni dengan dia skali jadi mangsa.. garang yang aku maksudkan ni ialah, aku cepat melenting dan agak metafora bila menghadapi suatu dugaan tu.. metafora tu maksudnya lebih kurang macam 'overact'..

baru2 ni kami ada bincang tentang hal ni.. aku yang mulakan dulu.. dan dia cakap, dia tak ambil hati sebab dia anggap ni adalah dugaan bertunang.. cuma dia minta aku kawal perasaan tu.. hmmm.. baiklah abg.. syg usahakan.. huhu

tak dinafikan dia pun lebih kurang macam aku je, tapi setiap kali kami macam nak gado, cepat2 salah seorang dari kami akan beralah, beralah bukan bermaksud mengalah, tapi diam... ye.. DIAM.. supaya perkara tu tak berpanjangan.. pastu lepas dah sejuk, baru la diskus balik.. masa tu la banyak pandangan n idea yang jauh lebih baik datang.. kan bagus camtu kan? hati tenang, idea dan teguran pun bleh di terima baik time tu.. by the way, jangan lupa MINTA MAAF.. praktikkan sikap minta maaf ni sampai alam rumahtangga, tapi bukan bermakna asyik wat salah pastu minta maaf.. try to avoid dari kesilapan yang sama supaya si dia tak jemu dengan kata2 minta maaf awak tu!

nasihat untuk diri sendiri gak.. till then.. have a blessed friday :)