CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 21

che teka che teka..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Wallahualam...

Wednesday, July 20

what the..??

what a nightmare!! mimpi kena telan dengan buaya besar.. nsb baik buaya btul kalo 'buaya' tu lg bahaya.. huhu.. pagi ni aku di amanahkan utk bg speech dlm morning talk.. so aku pilih "masakan ibu" sbg tajuk utama.. mula2 dh pilih "hitam putih" hasil cdgn wani.. tapi pg td iera ckp tajuk tu dh penah di sampaikn oleh seseorg sblm ni.. nsb baik ade backup plan.. penyampaian aku pagi ni ok.. mcm biasa.. gugup skit, jelas terserlah bila aku baca text dgn laju nye n mata x pndg audiens.. kihkih.. siap wat pengakuan benar ttg ape yg berlaku dlm 2 mggu ni, 3 org yg aku knal telah kembali menghadap ilahi.. innalilllah.. tak tahu la turn kte bila lak eh..??

hmm.. cant wait for dis friday.. something yg aku tggu sekian lama nye.. hope sume nye lancar.. jeng jeng jeng.. hehehe =)

Tuesday, July 19

4 jenis lelaki..

Ulamak mengatakan bahwa lelaki terbahagi kepada 4:

1. Lelaki yang berilmu dan dia tahu bahawa dia berilmu , dia adalah orang alim, maka ikutilah dia.
2. Lalaki yang berilmu tetapi dia tidak tahu bahawa dia adalah orang yang tidur, maka kejutkanlah dia.
3. Lalaki yang tidak berilmu dan dia tahu dia tidak berilmu maka dia adalah orang yang minta petunjuk maka tunjukilah dia.
4. Lelaki yang tidak berilmu tetapi dia tidak tahu bahwa dia tidak berilmu dia adalah orang yang jahil maka tinggalkanlah dia

my dear, u yg mane 1 eh..?? huhuhu..

Aku lah perempuan itu..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Buat julung kali nya, biar la post blog pertama aku ni dimulakan dengan cara yg lebih indah.. tanda kesyukuran pada Nya kerana memberi peluang untuk aku berkongsi banyak perkara dengan kalian dlm blog kali ni & in future.. bagi yang pernah mengikuti diary blog aku sebelum ni, di friendster dan facebook, thnx a lot!! dah hampir 5 tahun aku bercuti dari berkongsi segala cerita dalam blog (di friendster, tapi di facebook byk yg ditapis..hehe) so, sekarang ni, x perlu view ke page2 itu lagi, insyaallah disini sje la akan aku kongsi segala rasa dgn kalian.. so get ready guys.. hehe..

bagi yang pernah mengenali aku secara live atau dalam alam maya, tak perlu aku kenalkan diri aku lagi.. tapi bagi yang baru tahu tentang kewujudan seorang perempuan yang naif ni, terima la aku seadanya.. tiada yang istimewa, hanya ada 'sesuatu' di mata siapa yang melihat ku.. hehe.. beauty is in the eye of the beholder..

sombong! peramah! banyak cakap! poyo! pendiam! easy going! degil! baik hati! sopan santun! menggelabah! lawak! happening!.. semua tu antara statement yang pernah aku dengar dari mulut orang keliling ku.. tak kira la apa yang kalian perkatakan.. yang penting Allah lebih kenal siapa aku.. dan sebab aku sendiri tak kenal siapa aku kalau kalian tak bagitahu aku.. hehe.. perbezaan statement ni pun berlaku mengikut pandangan dan situasi ketika itu.. so takde salah pun kalau ia mungkin tak bertepatan dengan personaliti sebenar aku.. huhu..

terima kasih kerana sudi luangkan a few minutes untuk layan blog aku ni.. jika ada perkara nak share or nasihat or kritikan membina untuk aku, sudi2 kan la post di ruang comment tu ye.. sharing is caring!!
(promotion about biznes MLM tak nak k.. strictly warning!!)

k la.. see u guys in next post.. take care =)

hugs n' kisses,
mizDinzly