CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 22

DNA mixture

tajuk macam cerdas dan cergas gitu.. huhu

ok.. minggu ni aku agak busy tahap gaban.. setakat hari ni (baru je isnin - monday blues tahap medium kali ni) kerja kat ofis biasa2 je.. masih terkawal.. cuma mood aku agak kacau pasal risau kan persiapan nak jadi emcee.. haaa.. emcee.. bukan pengantin.. hahahaha.. esok tengahari dah kena gerak pegi rehearsel sampai malam.. nasib la along nak tumpangkan umah dia, tak yah la aku nak menapak dari sri gombak sampai ke shah alam nanti.. hohoho..

rabu.. the day is coming! harap2 semuanya lancar.. praktis makes perfect!

khamis.. sesi rawatan susulan bersama doc Abu.. huhuhu.. kalo dapat MC, alamatnya cuti la esok nye..

jumaat.. incik f cakap kalo sempat nak lunch same2.. harap2 sempat la.. rindu gler dah ni.. ;P

we'll wait n see

xoxo

Tuesday, April 16

jambu batu salut chocolate.. sedap ;)

huhuhuhu... huhuhu.. huhu..

ok.. gelak syok sendiri tersipu2 gituuu.. huhuhu.. sebenarnya rasa di hati ni dh beransur lembut n tenang.. alhamdulillah.. sepantas itu Allah bantu tenangkan hati ni.. biarpun malam tadi aku rasa macam nk berlari2 tepi pantai Teluk Chempedak (pasal ade kenangan dgn incik f kat situ) sambil tanam kaki kat pasir dan duduk atas batu feeling sorang2 macam ombak rindu tu.. tapi lepas dengar suara incik f terus sengih dan kumat kamit ber doa syukur lagi.. hahahaha.. itu la dia aku - seorang gadis yang terikut emosi metafora nye yang on off bila2 masa je! adoyay... ;P

dengar lawak dia malam tadi dah bley wat aku senyum sampai pagi.. macam dengar suara ibu juge.. bila senyap 2 hari je, rasa tak lengkap hidup kalau tak dengar suara ibu.. korang pun camtu kan? kan? sah.. memang anak ibu! hehehehe..

incik f dah reti pakai wechat.. haha.. aku dah almost a year guna application tu.. hohohoho! (gelak eksyen)
ok la.. till then.. jumpa next post.. insyaallah :)

xoxo

Monday, April 15

vanilla chocolate

"within 2 years".. itu yang jelas aku dengar dari mulut dia.. well, as i said before.. aku tetap menanti jodoh yang datang tepat pada waktunye.. kita merancang tapi Allah yang tentukan.. setiap ape kte rancang perjalanannya pasti ada pasang surut nye.. kte tempuh je dengan penuh kesyukuran dan sabar.. syukur atas nikmat yang diberi, sabar dengan apa yang di uji..

well, bukan aku tak sabar nak ke fasa seterusnya, cuma aku lebih suka jika ade kepastian dihujungnya.. dan kepastian tu tak perlu aku tunggu lama2.. dah lama pun tunggu sebenarnya.. penat duk dengar perkataan "2 tahun" tu.. malas dah nak hadapi lagi.. entah la.. mungkin aku dah mula rasa give up.. dugaan datang bukan dari pihak aku, so perlu ke aku tanggung semua ni?? give me a good reason nape aku perlu tanggung semua ni!!!

kalau dari awal lagi aku ikut emosi memang aku tidak akan sampai berada di tahap ini dalam hubungan ini.. keyakinan tu.. keyakinan tu bukan keyakinan biasa.. perlu capai ke tahap minda 'di bawah sedar' baru lah aku boleh kawal emosi dan secara tak langsung keadaan yang berlaku pun akan berlaku dalam keadaan baik walaupun bukan yang terbaik seperti yang aku mahukan..

aku sayang dia.. sayang sangat2.. aku mohon pada Mu, tolong bantu aku lembutkan hati aku ni untuk terima semua ini dengan hati terbuka.. bantu aku buka kan hati semua yang berkenaan agar mereka dapat rasa yang aku rasa... aku tak minta lebih, cukup sekadar apa yang baik2 untuk aku.. dan tolong permudahkan urusan jodoh aku ni.. 

xoxo 

Monday, April 8

shine bright like a diamond

malam tadi dah bagi kat incik f.. depan2 aku incik f bagi kat adik dia.. adik dia tanya "ape ni?" incik f jawab "ko bagi je kat mama, mama tahu ape nak buat.." sebelum tu incik f hulur sample cincin dia kat aku.. incik f cakap "sayang, get ready for the day k.." aku senyum je..

alhamdulillah.. moga2 segala rancangan berjalan lancar.. ;)

Monday, April 1

minum milo anda jadi sihat dan kuat

ingat kan masuk hospital masa nak bersalin nanti, ghupe2 nye sekarang pun dah kena masuk hospital! sabar je la.. huhu


19 till 29 Mac :

lepas settle keje kat sentul, aku rasa aku perlu pegi check kat doctor gak.. kebas2 tangan hingga half body memang merisaukan aku tahap gaban. so, petang tu aku kena tahan wad di Pusrawi sampai 3 malam. Allah je yang tahu tahap boring bile duk kat hospital tu. Asal nyer aku taknak bagitau family n incik f.. taknak diorg risau.. last2 aku call diorang tapi aku pesan jangan datang lawat aku (fine..aku x suke orang tengok aku lemah n serabai dengan wayar2 tu)

lepas dah bertapa 3 malam tu, aku terus ke ofis jap, settle kan GL dan MC pastu terus balik kampung. seronok dapat balik sampai bleh bawak adik2 aku g picnic kat port dickson esok nye tu.. katanya!! lagipun masa tu birthday adik aku dan kawan dia tu dekat2 dengan tarikh tu.

esok nya, aku ikut adik lelaki aku pegi muzium n9, ade pameran barang2 filem hollywood.. seronok giler pasal dapat pakai cincin sebenar Lord of The Ring tu!! yeah.. saya suke saya suke ;)

pastu, aku terus lepak kat umah sampai abis cuti.. boring tahap gaban.. doc pesan jangan makan minum kopi, cokelat, milo dan apa2 yang ade kafein.. lepas sebulan kalo dah ok, bley makan 1 cup sehari je.. what?? omg.. cdey tahap gaban aku rasa.. tu semua favourite aku tu! T.T cry me a river.. huhu

so, itu je untuk kali ini.. tengah tunggu something nice and beautiful happens.. insyaallah nanti aku kongsi cter dengan korang k.. aminnn

xoxo